Kuching – Pihak pengurusan Kaban Music Production memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memuatnaik semula (reupload) kandungan video / lagu yang diterbitkan oleh syarikat berkenaan tanpa kebenaran. Tindakan sesetengah individu yang memuatnaik semula kandungan yang telah diterbitkan oleh mana-mana syarikat boleh didenda dibawah Akta Hakcipta Malaysia 1987.
Jika disabitkan kesalahan, individu tersebut boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjara tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
